1.1 PERANAN MAKANAN

Makanan mempunyai berbagai-bagai peranan dalam kehidupan. Peranan makanan yang penting adalah seperti berikut:

a) sumber nutrien

  • Makanan membekalkan nutrien untuk tubuh. Nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh boleh didapati daripada bahan makanan seperti sumber haiwan dan tumbuhan. Nutrien diperlukan untuk menjalankan fungsi tubuh dari segi fizikal, fisiologi dan kimia.

b) perkembangan sosial

  • Perhubungan antara individu merupakan aspek penting untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupan berkomuniti. Keharmonian diperoleh daripada persefahaman dan perhubungan mesra yang yang seringkali diwujudkan semasa makan bersama keluarga dan rakan.

c) manggambarkan status kehidupan

  • Apabila individu berjaya dalam kerjayanya, pendapatannya akan bertambah. Oleh itu individu tersebut mampu membuat pilihan makanan dan tempat menjamu selera yang lebih mewah. Jika individu berpendapatan rendah, pilihan jenis makanan dan tempat menjamu selera akan berbeza dengan mereka yang berpendapatan tinggi.

d) ganjaran mempengaruhi tingkah laku

  • Tingkah laku individu merupakan sebahagian daripada personaliti. Personaliti dapat diperbaiki melalui makanan. Contoh, apabila seorang kanak-kanak bersikap positif, ia akan diberi makanan yang digemari. Jika kanak-kanak itu bersikap negatif, makanan yang digemari itu tidak akan diberi. Sekiranya pengukuhan itu dibuat berulang kali, tingkah laku dapat diperbaiki dan personalitinya akan berubah.

e) mententeramkan fikiran

  • Emosi individu sering berubah daripada emosi yang stabil kepada yang tidak stabil disebabkan kekecewaan, putus asa, rasa bersalah, dan sedih kerana kehilangan sesuatu. Ada individu yang mengawal emosi ini melalui makanan. Apabila mereka makan, ketegangan emosi ini dapat dikawal dan dikurangkan buat seketika

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s