1.1.2 PENCERNAAN DAN PENYERAPAN

PENCERNAAN DAN PENYERAPAN :

  • Ialah proses pertukaran makanan kepada bentuk yang lebih ringkas bagi tujuan penyerapan di dalam badan.
  • Salur pencernaan yang terlibat bermula dari  ESOFAGUS – PERUT –DUODENUM – JEJUNUM – ILEUM – KOLON MENAIK – KOLON MELINTANG – KOLON MANURUN.
  • Antara organ-organ lain yang terlibat di dalam proses pencernaan ialahMULUT, PANKREAS dan  PUNDI HEMPEDU.

PROSES PENCERNAAN BERLAKU :

  • Apabila kita makan, makanan tersebut akan dikunyah dan menjadi kepingan kecil.
  • Kehadiran makanan akan meransang kelenjar air liur untuk hasilkan enzim amilase.
  • Amilase memecahkan kanji kepada maltosa. Kemudian, makanan akan menjadi bentuk bolus kemudian ditelan.
  • Antara nutrien-nutrien yang ditukarkan semasa proses pencernaan :
  1. PROTEIN  → ASID AMINO
  2. KARBOHIDRAT  → GULA RINGKAS
  3. LEMAK  → ASID LEMAK &  GLISEROL
  • Kesimpulannya, hasil daripada pertukaran nutrien iaitu asid amino, gula ringkas, asid lemak dan gliserol  akan  diserap ke dalam darah dan limfa.
  • 2 enzim yang terdapat dalam perut ialah pepsin dan renin.
  • 2 enzim yang terdapat dalam duodenum ialah amilase, lipase dan tripsin.
  • Penyerapan nutrien bermula dalam usus kecil melalui vilus ke saluran limfa dan darah.

KESAN KELEBIHAN DAN KEKURANGAN NUTRIEN :

  • Kurang makan menyebabkan kebuluran seperti MARAMUS,  ANOREXIA NERVOSA dan ANEMIA.
  • ANEMIA ialah kekurangan nutrien seperti ferum, kobalamin, vitamin E, asid askorbik dan asid folik. Ia biasanya berlaku pada wanita yang kehilangan darah semasa haid dan bersalin.
  • Manakala, makan berlebihan pula akan menyebabkan OBESITI. Obesiti menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk, penyakit kardiovaskular, artritis, vena variskos dan diabetes melitus.

CARA MENGATASI KELEBIHAN DAN KEKURANGAN NUTRIEN :

  • Mengambil makanan yang kaya dengan ferum seperti hati bagi individu yang kekurangan nutrien.
  • Kurangkan pengambilan kalori, membuat pergerakan, elakkan makanan bergoreng, berlemak dan manis bagi golongan obesiti.

PERUNTUKAN DIET HARIAN YANG DISARANKAN (RDA) :

  • Ialah jadual yang menunjukkan kuantiti nutrien dan kalori yang diperlukan oleh individu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s