1.2 MAKANAN DAN BUDAYA

  • PENGENALAN

Makanan bermaksud bahan, yang biasanya berasal daripada sumber tumbuhan dan haiwan dimakan oleh makhluk yang hidup bagi membekalkan tenaga dan khasiat.

Budaya bermaksud tamadun, peradaban, sikap dan kelakuan, kemajuan serta kebudayaan.

Makanan dan Budaya

Budaya dan tradisi menentukan jenis makanan dalam diet. Manusia memilih makanan yang berlainan mengikut budaya dan tradisi keluarga masing-masing. Melalui makanan juga kita boleh menilai sikap dan budaya orang lain.

Diet

Diet adalah pengambilan makanan oleh individu setiap hari. Diet mempunyai kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan individu kerana pertalian makanan dengan penggunaannya dalam tubuh. Individu memerlukan pemakanan yang seimbang untuk mengekalkan kesihatan.

Kesan daripada diet yang seimbag ialah:

(a) pertumbuhan yang sempurna

(b) berat tubuh yang seimbang

(c) perkembangan otot yang baik

(d) kulit yang lembut dan bersih

(e) wajah yang tenang dan berseri serta postur yang baik

Diet yang seimbang bermakna individu memperoleh nutrient yang mengandungi karbohidrat , protein , lemak , vitamin , garam mineral dan air dan pelawas.

Nutrient diperoleh daripada kumpulan makanan berikut :

(a) daging , ikan , dan karangan laut , telur dan kekacang

(b) bijirin

(c) lemak dan minyak

(d) susu dan hasil susu

(e) buah-buahan dan sayur-sayuran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s