2.3.1 WARDROBE

PENGENALAN DAN PERANCANGAN WARDROBE

Wardrobe ialah semua jenis pakaian yang ada di dalam koleksi individu dan aksesori yang dipadankan bersama. Cube lihat gambar di bawah yang saya sertakan,itulah wardrobe yang menunjukkan pelbagai pakaian dan aksesori.

Perancangan wardrobe

Perancangan wardrobe meliputi merancang koleksi pakaian dan menyenggara wardrobe termasuk aksesorinya. Kerja menyenggara wardrobe melibatkan pencucian dan penyimpanan. Semua perancangan ini perlu dilakukan dengan teliti kerana boleh :

♥ mencerminkan peribadi yang baik

♥ menjimatkan perbelanjaan

♥ mengenal pasti pakaian dan aksesori yang diperlukan

Prinsip merancang wardrobe

Ketika merancang wardrobe, beberapa prinsip perlu dipatuhi, iaitu :

1) bersesuaian dengan status sosio-ekonomi

2) memenuhi peranan individu

3) memenuhi keperluan aktiviti harian

4) bersesuian dengan cuaca dan persekitaran

5) mengikut keperluan agama, bangsa dan budaya

1) bersesuaian dengan status sosio-ekonomi

Wardrobe perlu bersesuaian dengan status sosio-ekonomi. Koleksi wardrobe perlu mengikut kemampuan anda. Tidak semestinya yang mahal itu cantik. Cara untuk menjimatkan perbelanjaan wardrobe ialah :

● tidak membeli banyak item bagi setiap klasifikasi

● merekodkan inventori wardrobe supaya anda membeli hanya item yang diperlukan

● mengamalkan mix and match apabila mengenakan pakaian dan aksesori

Rajah di bawah menunjukkan mix and match pakaian.

2) memenuhi peranan individu

Wardrobe perlu memenuhi peranan individu dalam masyarakat. Pakaian individu haruslah mencerminkan gender, pekerjaan, umur atau kedudukan dalam masyarakat setempat seperti jadual di bawah :

Gender Lelaki mempunyai wardrobe yang berlainan daripada perempuan.
Pekerjaan Individu yang memakai pakaian seragam, tidak memerlukan banyak pakaian dalam wardrobenya, manakala seorang ahli korporat atau eksekutif memerlukan banyaklounge suit.
Umur Remaja mempunyai wardrobe yang tidak sama dengan kanak-kanak atau orang dewasa.
Kedudukan dalam masyarakat Seseorang yang mempunyai peranan atau tanggungjawab dalam masyarakat seperti seorang imam masjid dapat dikenal pasti peranannya melalui pakaian.

3) memenuhi keperluan aktiviti harian

Aktiviti harian menentukan jenis pakaian yang perlu ada di dalam wardrobe. Pakaian riadah, kasual, dan formal bergantung kepada kecenderungan individu menjalankan aktiviti berkenaan. Contohnya individu yang suka bersukan mempunyai lebih banyak pakaian sukan, manakala individu yang selalu menghadiri majlis formal, mempunyai banyak pakaian formal. Wardrobe anda harus mempunyai pakaian mengikut aktiviti yang sering anda lakukan. Gambar di bawah menunjukkan pakaian formal, pakaian kasual, dan pakaian riadah.

4) bersesuaian dengan cuaca dan persekitaran

Pakaian yang dipakai semasa cuaca panas tidak sama dengan pakaian semasa cuaca sejuk.

● pakaian semasa cuaca panas terdiri daripada pakaian yang ringkas dan diperbuat daripada fabrik yang menyerap peluh seperti kapas dan sutera.

● pakaian semasa cuaca sejuk terdiri daripada baju tebal yang diperbuat daripada fabrik benang sayat yang dapat memerangkap haba.

Gambar menunjukkan pakaian yang dipakai di negeri bercuaca sejuk dan panas.

5) mengikut keperluan agama, bangsa dan budaya

Agama, bangsa dan budaya banyak mempengaruhi pemilihan pakaian individu. Sebagai contoh, wanita beragama Islam perlu memakai pakaian yang menutup aurat, manakala sami Buddha pula memakai kain kuning yang dililit di badan. Pakaian tradisional melambangkan bangsa dan budaya sesuatu kaum seperti ceongsam melambangkan pakaian tradisi kaum Cina, manakala sari melambangkan pakaian tradisi kaum India.

2 responses to “2.3.1 WARDROBE

  1. setelah setahun sy mncri nota ringkas ERT akhir blog ini dpt sy cari..nota yg memang simple and mdah diigati..memang btol seorang student yg ambil aliran ert kene bnyak pngetahuan sains..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s